Pages

Sunday, 11 December 2011

KATA GANDA

Kata Ganda ialah kata dasar atau kata berimbuhan yang diulang sama ada secara seluruhnya atau sebahagian sahaja.

  • Kata Ganda Seluruh (Penuh)

  • Kata Ganda Berima
  • Kata Ganda Separa

  • Kata Ganda Menyaling

Kata Ganda Seluruh ialah kata dasar yang diulang seluruhnya dengan menggunakan tanda sempang (-).

Kata Ganda Seluruh terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan yang membawa maksud Jamak atau banyak dan juga keterangan.

  • adik-adik
  • anak-anak
  • besar-besar
  • cucu-cucu
  • muda-muda
  • daun-daun
  • diam-diam
  • gambar-gambar
  • gemuk-gemuk
  • pokok-pokok
  • ikan-ikan
  • jiran-jiran
  • laju-laju
  • manis-manis
  • siput-siput

         Contoh ayat:
1.     Abang menyapu daun-daun kering di bawah pokok.
2.    Anak-anak Mak Cik Limah berbudi bahasa.
3.    Buku-buku di dalam almari itu tebal-tebal.






Kata Ganda Separa terdiri daripada kata yang diulang sebahagian sahaja.

  • bebawang
  • cecair
  • dedaun
  • gegelung
  • jejari
  • jejentik
  • kekisi
  • lelabah
  • lelaki
  • peparu
  • pepejal
  • rerambut
  • sesungut
  • tetamu
  • tetupai

         Contoh ayat:
1.     Jejari basikal Azmi telah patah.
2.    Lelabah mempunyai lapan kaki.
3.    Mereka bermain lelayang di sawah.






Kata Ganda Berima ialah kata dasar yang diulang dengan mengalami penyesuaian bunyi atau rima hampir sama.

  • batu-batan
  • beli-belah
  • calar-balar
  • compang-camping
  • desas-desus
  • gelap-gelita
  • geli-geleman
  • gerak-geri
  • gotong-royong
  • hingar-bingar
  • huru-hara
  • kaya-raya
  • kembang-kempis
  • kering-kontang
  • kuih-muih
  • kumat-kamit
  • lalu-lalang
  • lintang-pukang
  • mandi-manda
  • riuh-rendah
  • sampah-sarap
  • sayur-mayur
  • segar-bugar
  • simpang-siur
  • tanah-tanih
  • teka-teki
  • gunung-ganang

         Contoh ayat:
1.     Badan Leman calar-balar setelah terjatuh dari basikal.
2.    Rumah saya gelap-gelita kerana terputus bekalan elektrik.
3.    Tindak-tanduk lelaki itu sungguh mencurigakan.






Kata Ganda Menyaling ialah kata dasar yang diulang dengan menggunakan awalan meN-.

  • balas-membalas
  • curiga-mencurigai
  • ejek-mengejek
  • hormat-menghormati
  • hubung-menghubungi
  • maaf-memaafi
  • nasihat-menasihati
  • tawar-menawar
  • tembak-menembak
  • tolong-menolong
  • kejar-mengejar
  • kunjung-mengunjungi
  • lawat-melawati
  • usik-menusik
  • ziarah-menziarahi

         Contoh ayat:
1.     Sikap suka bantu-membantu adalah amalan yang mulia.
2.    Rakyat Malaysia suka kunjung-mengunjungi pada hari perayaan.
3.    Perlawanan bola sepak itu akan disiarkan secara terus-menerus dari England.







Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.      Badan Kamal __________ setelah dia terjatuh dari basikalnya.
A.   calar-balar          
B.    koyak-rabak
C.    kusut-masai
D.   bolak-balik

2.     Bunyi siren kecemasan menyebabkan suasana __________ di dalam bangunan yang tinggi itu.
A.   huru-hara
B.    dentam-dentum
C.    gelap-gelita
D.   kelam-kabut

3.     Kedua-dua pihak yang bertelagah itu __________ dalam pertempuran di sebuah pulau.
A.   kejar-mengejar
B.    sambung-menyambung
C.    tembak-menembak
D.   curiga-mencurigai

4.     Mereka __________ di warung itu sambil minum kopi.
A.   baring-baring
B.    duduk-duduk
C.    minum-minum
D.   main-main

5.     Sejak kemangkatan permaisuri, baginda kelihatan __________.
A.   gundah-gulana
B.    mundar-mandir
C.    pontang-panting
D.   kelam-kabut

6.     Nina __________ apabila melihat tandas yang kotor itu.
A.   huyung-hayang
B.    keluh-kesah
C.    sedu-sedan
D.   geli-geleman


7.     Kapal itu __________ kerana lautan bergelora.
A.   terapung-apung
B.    terhuyung-hayang
C.    terkapai-kapai
D.   terumbang-ambing

8.     Anggota bomba sedang __________ untuk memadamkan kebakaran.
A.   bergotong-royong
B.    bertungkus-lumus
C.    berulang-alik
D.   bersusup-sasap

9.     Muka adik kelihatan __________ selepas makan sekeping coklat.
A.   celorong-celoreng
B.    kusut-masai
C.    compang-camping
D.   comot-momot

10.   Makanan yang dihidangkan kepada kanak-kanak itu __________ kerana mereka kelaparan.
A.   licin-licau
B.    punah-ranah
C.    tunggang-langgang
D.   sayur-mayur

11.    Sebelum hujan turun, kedengaran bunyi guruh yang __________.
A.   sabung-menyabung
B.    porak-peranda
C.    berdentam-dentum
D.   berpunah-ranah

12.   Ramziah merebus __________ ikan sebelum memakannya.
A.   bebuli
B.    bebuluh
C.    bebola
D.   bebawang

13.   Shazleen ingin menggunakan komputer tetapi papan __________ nya telah rosak.
A.   kekisi
B.    kekotak
C.    kekacang
D.   kekunci

14.   Mangsa __________ biasanya akan terperangkap pada sarang yang dibuat.
A.   lelabah
B.    lelabi
C.    lelumba
D.   leletup

15.    __________ berguguran apabila ditiup angin.
A.   Kekabu
B.    Dedaun
C.    Lelayang
D.   Rerambut

2 comments: